Powered by Blogger.
Terima kasih kerana lawati blog SRM KAYM kami ini.Tiada artikel, gambar atau apa-apa sahaja di dalam blog ini dibenarkan untuk disalin, diterbitkan semula, diedar atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk pun sama ada melalui kaedah percetakan, melalui penggunaan kamera & perakam video, atau melalui apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu.Untuk paparan terbaik gunakan Google Chrome,Safari dan seanteronya.

Monday 22 August 2011

PENYERTAAN EKSPEDISI GUNUNG KINABALU

(info)
Salam Rekreasi,

Kepada pelajar-pelajar IPTA & IPTS (terbuka untuk pelajar Lembah Klang) yang berminat untuk menyertai Ekspedisi Kinabalu pada bulan November 2011 dengan harga kos bayaran yang paling minima, bolehlah mendaftarkan nama anda  kepada AJK KKP atau Penyelaras Program Ekspedisi. Penyertaan adalah terhad sebanyak 15 peserta terawal mendaftar sahaja sebelum 10 September 2011.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :


* Ariffudin Md Sarif    012-3514586
* Abdul Ghani             019-2056683


atau Email kepada kkp4105@gmail.com


Sekian.


Penyelaras Program Ekspedisi.

Sunday 21 August 2011

PROGRAM RAKAN MUDA KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011

PROGRAM RAKAN MUDA KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2011

TARIKH: 20 OGOS 2011
HARI: SABTU
MASA: 3.30PTG
BERTEMPAT: MASJID SIMPANG KERAYONG,JASIN,MELAKA


 ''Ucapan dari Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam''

''Peserta dari MRSM''

Berbuka puasa

Sunday 14 August 2011

Majlis Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan 2011

Salam 1 Belia 1 Malaysia 
Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau


Pada 23 Julai 2010, seramai 30 orang ahli sekretariat rakan muda KAYM (Crime Awareness Team) telah menyertai Majlis Pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin di MiTC, Ayer Keroh, Melaka. Dengan tema "Remaja Bersatu Memerangi Jenayah" anjuran bersama kerajaan negeri Melaka, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan PDRM yang diadakan dengan tujuan menyemai kesedaran dan pemahaman dikalangan masyarakat khasnya remaja, mengenai tanggungjawab dalam konteks pencegahan jenayah, membentuk nilai kendiri remaja dan belia, membendung serta mengelakkan diri dari terlibat dengan jenayah dan masalah sosial dan menggalakkan penyertaan remaja dan belia dalam aktiviti Rakan Cop. Ayuh kita benteras jenayah remaja !
 
Baju Crime Awareness Team (CAT)

Monday 1 August 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 H

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Ramadhan


Seluruh warga SRM ICYM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432 H (2011 M) kepada seluruh umat Islam terutamanya para pengunjung blog kami. Semoga Ramadhan tahun ini dan tahun-tahun berikutnya menjadi Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup kita sebgai hamba Allah yang beriman.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.


Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. 

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam

MULTIMEDIA

Anda adalah Pelawat ke
Hak Cipta Terpelihara SRM KAYM 2011

Kembali keLaman Utama